August 26, 2009

erti sebuah persahabatan

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Jika kita ingin seorang sahabat yang sejati, kita perlu menjadi sahabat yang sejati jua…
Dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa,
Kecuali diri sendiri,
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana….
Mempunyai sahabat yang memahami kita,
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
Begitulah juga dia…
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu..
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita,itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri..
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti sedangkan kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu,terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa….tetapi kita sering terlupa..
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian juga kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga….
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita,
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan rasa bimbangnya…
…rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniupkan semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita,
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat,
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,sedih dan kecewa,
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…
Sebagai kekuatan…..jadilah kita sahabatnya itu,
Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan,
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan,
Kita tidak tahu…..tetapi jika kita cuba menjadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu…..

SEORANG SAHABAT ADALAH YANG DAPAT MENDENGARKAN LAGU DI DALAM HATIMU DAN AKAN MENYANYIKAN KEMBALI TATKALA KAMU LUPA AKAN LIRIK-LIRIKNYA….

RENUNGLAH HARGA SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI DALAMNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…….

1 comment:

  1. salam... wah mantapp betol penulisan nie
    so ape yang penting adalah KERJASAMA.
    Dan yg paling penting adalah CALCULUS
    Then, yg tersangat penting adalah keredhaan Allah

    SelamAt bercalcuLus.....

    ReplyDelete